Kemaskini: Insomniac Games mengesahkan yang kostum tersebut adalah untuk semua pemilik Marvel’s Spider-man. Kemaskini untuknya kini bermula.

PlayStation Japan hari ini mengeluarkan satu kicauan yang mengumumkan permainan Insomniac Games iaitu Marvel’s Spider-Man menerima kostum Spider-man daripada Filem terbaru iaitu Far From Home.

Kostum yang digelar sebagai ‘Upgrade Suit’ dan ‘Stealth Suit’ akan disertakan secara percuma melalui kemaskini yang akan hadir kepada semua pemain dalam masa terdekat.

Oleh disebabkan ia diumumkan oleh PlayStation Japan, buat masa initidak pasti jika ia juga sudah tiba untuk pemain global. Kami akan kemaskini jika ada sebarang pengesahan.

Sohor Kini