Awal tahun ini, Marvelous dan Nintendo melancarkan demo terhad khas yang mana mereka memberi peluang untuk pemain mencuba permainan Daemon X Machina sebelum ianya dilancarkan September ini.
Terkini, selepas mendapat maklum balas oleh pemain, Marvelous berkongsi senarai beberapa pernaik-tarafan yang dilakukan oleh mereka buat permainan tersebut yang mana terdapat pelbagai fungsi yang dibaik pulih.
Antara pernaik-tarafan yang diumumkan adalah fungsi untuk mengunci kamera terhadap musuh, pernaik-tarafan bentuk kawalan seperti paparan antara muka nilai nyawa musuh dan juga sokongan menyasar menggunakan pergerakkan JoyCon dan sebagainya. Untuk melihat keseluruhan pernaik-tarafan, anda boleh menonton video di atas.
Sememangnya pernaik-tarafan yang dilakukan oleh Marvelous buat permainan merupakan satu perkara yang pasti akan membuatkan permainan ini menjadi lebih menarik apabila ianya dilancarkan kelak.
Daemon X Machina akan dilancarkan pada 13 September 2019 khas di konsol Switch.