Bandai Namco hari ini berkongsi video acah terbaru untuk Doraemon: Story of Seasons yang sebelum ini dikeluarkan dalam bahasa Jepun. Video acah ini memperlihatkan cara pemain akan berkebun termasuk juga cara untuk menjual hasil yang didapati.
Walaupun video ini dikeluarkan untuk pemain yang tidak fasih berbahasa Jepun, akan tetapi hanya penulisan penerangan sahaja berbahasa Inggeris, penulisan di dalam permainan masih versi Jepun.
Permainan ini sudah dikeluarkan di Jepun untuk Switch dan PC namun bagi pasaran global, ia akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.