Jika sebelum ini kita menerima permainan mudah alih untuk One Punch Man, hari ini Crunchyroll mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan permainan mudah alih berdasarkan siri manga dan anime Mob Psycho 100 iaitu Psychic Battle.

Ia merupakan permainan aksi RPG yang membolehkan pemain untuk membentuk pasukan tersendiri dan mengatasi pelbagai cabaran. Jika ingin mendapat maklumat terkini, anda boleh daftar minat di laman rasmi permainan tersebut.
Permainan ini dijangkakan akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada suku terakhir tahun ini tetapi terhad kepada Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Canada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Belanda, Norway, Sweden dan UK. Tiada pengesahan jika ia akan diperluaskan ke benua lain.