Siri permainan Alan Wake merupakan permainan pengembaraan yang dilancarkan di PC dan Xbox 360 beberapa tahun lepas. Permainan tersebut dibangunkan oleh Remedy Entertainment, di mana mereka kelak bakal melancarkan permainan seterusnya, iaitu Control menjelang Ogos ini.

Terkini, menurut kenyataan rasmi pembangun tersebut, mereka menyatakan bahawa mereka kini memperoleh kembali hak pelancaran buat siri permainan tersebut daripada Microsoft. Dengan perolehan bernilai €2.5 juta, urus janji tersebut akan berlangsung sekitar tahun ini dan Remedy Entertainment kemudiannya akan terus memperoleh hak intelek buat permainan tersebut.

Ini sekaligus juga membuka peluang untuk permainan tersebut dilancarkan di platform ataupun di konsol lain seperti Playstation 4. Namun buat masa ini, sebarang informasi lanjut masih belum diumumkan.

Sohor Kini