Sebelum ini, Skybound Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan edisi lengkap buat siri The Walking Dead: The Telltale Series yang mana ianya akan menyertakan keempat-empat musim buat permainan tersebut menjelang September ini.
Terkini, Skybound Games akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran permainan tersebut di mana ianya bakal dilancarkan pada 10 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga di PC melalui Epic Games Store.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, The Walking Dead: The Telltale Definitive Series akan menyertakan keempat-empat musim The Walking Dead dari musim pertama sehinggalah musim terakhir. Selain itu, edisi ini juga akan menyertakan DLC The Walking Dead lain seperti The Walking Dead: Michonne yang mana menurut Skybound, ianya akan menyertakan lebih dari 50 jam kandungan permainan dengan 23 episod. Selain itu, menurut Skybound Games, mereka juga akan tingkatkan visual grafik dengan beberapa adegan tambahan sebalik takbir dan paparan antara muka klasik.
Menariknya juga, Skybound Games juga akan menyertakan visual “Graphic Black” yang mana ianya seakan bentuk visual seperti komik asal The Walking Dead.
Kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan The Walking Dead: The Final Season, yang mana ianya adalah permainan terakhir untuk siri permainan ini. Bagi anda yang ingin membaca ulasan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.