Payday 2 sudah dikeluarkan hampir 6 tahun lepas, namun ia masih terus dipasarkan dan permainan seterusnya Payday 3 masih tidak diumumkan bila mengenai tarikh pengeluarannya.

Overkill dan Starbreeze hari ini berkongsi satu lagi bentuk promosi yang agak menarik. Mereka menghasilkan satu permainan baharu iaitu Payday 2: The Text Adventure yang boleh dimainkan secara percuma menggunakan pelayan.

Seperti judulnya, melalui permainan ini penceritaan akan disampaikan melalui penulisan dan dialog, pemain juga boleh memilih tindakan yang perlu dilakukan. Ia akan memberi keputusan yang berbeza. Seperti permainan asal, ia juga adalah untuk merompak satu bank.

Jika anda berjaya merompak bank tersebut, anda akan diberikan ganjaran yang merupakan barangan di dalam permainanan bagi Payday 2 untuk ditebus melalui Steam.

Main: Payday 2: The Text Adventure

Sohor Kini