Skip to main content

Bulan baru dan senarai baru tiba lagi, bagaimana dengan pembelian permainan di bulan Jun? Saya sendiri masih meluangkan masa bermain Super Mario Maker 2 yang dikeluarkan pada akhir bulan lepas.

Manakala untuk bulan Julai, ia tidak mempunyai banyak senarai permainan yang menarik (tidak bermaksud tidak baik), tetapi ada beberapa permainan yang sudah semestinya menjadi keinginan sesetengah pemain. Berikut adalah 4 permainan menarik yang akan dikeluarkan pada bulan ini.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order

Walaupun digelar sebagai Marvel Ultimate Alliance 3, namun ia boleh dikatakan sebagai satu permainan baharu. Pertama kali dibangunkan oleh Team Ninja, ia juga pertama kali diterbitkan oleh Nintendo menjadikan permainan Marvel ini adalah eksklusif untuk Switch. Bagi yang masih demam Endgame mungkin permainan ini boleh legakan sedikit. Ia akan dikeluarkan pada 19 Julai 2019.

Fire Emblem: Three Houses

Satu lagi permainan eksklusif untuk Switch adalah permainan daripada siri popular Fire Emblem iaitu Fire Emblem: Three Houses. Siri yang sudah berumur hampir 30 tahun ini akan pertama kali mengeluarkan permainan utama di konsol baharu Nintendo. Bagi peminat siri ini, pengeluaran ini sudah semestinya permainan utama untuk bulan ini. Ia akan dikeluarkan pada 26 Julai 2019.

Wolfenstein: Youngblood

Permainan Wolfenstein tidak pernah mengecewakan, ia akan memberikan permainan aksi menembak yang sangat baik. Melalui Wolfenstein: Youngblood Bethesda cuba membawa kelainan dengan membawa Arkane Studios untuk memberi bentuk permainan yang lebih terbuka. Menariknya lagi, ia juga pertama kali menyertakan permainan secara koperasi. Youngblood akan dikeluarkan pada 26 Julai 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sea of Solitude

Sea of Solitude merupakan permainan seterusnya yang dikeluarkan di bawah program EA Originals iaitu permainan daripada pembangun indie yang akan diterbitkan oleh EA. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan yang akan mengikut seorang watak bernama Kay. Ia dibangunkan oleh Jo-Mei Games dan diterbitkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


Di atas merupakan permainan menarik yang akan dikeluarkan sepanjang bulan Julai ini. Bagaimana dengan anda, ada permainan yang anda lebih nantikan tetapi kami tidak senaraikan?

Leave a Reply