Melalui kemaskini terbaru untuk PUBG, PUBG Corp mengumumkan beberapa penambahan untuk permainan pertempuran royale tersebut, antara yang disertakan adalah fungsi Ping, kenderaan dan pistol baharu.

Fungsi Ping yang dipopularkan oleh Apex Legends tampaknya juga akan diperkenalkan di dalam PUBG. Menurut PUBG Corp antara masalah utama adalah sesetengah pemain tidak dapat untuk chat suara mungkin kerana tidak mempunyai peralatan ataupun kesukaran bahasa.

Bagi menyelesaikan masalah berikut mereka memperkenalkan sistem Radio Message yang berfungsi seperti sistem Ping. Dengan menahan roda tetikus ataupun F3, 8 mesej terpasang akan terpapar di skrin.

Pemain juga boleh menekan roda tetikus/F3 untuk ping secara pantas, ia mempunyai beberapa kegunaan seperti memberi tahu kepada rakan barangan yang dijumpai termasuk juga lokasi dan juga memberi tahu arah yang dituju.

Pemain juga boleh menekan dua kali roda tetikus/F3 untuk apabila ternampak pemain lawan yang berdekatan, ia akan menandakan kedudukan pemain lawan kepada rakan selain mempunyai mesej jarak kedudukan iaitu Near Range (kedudukan kurang daripada 50M), Medium Range (kedudukan kurang daripada 200M) dan Long Range (Kedudukan lebih pada 200M).

Mesej ‘Need Ammo’ juga kini akan menyatakan jenis peluru yang diperlukan. Ia adalah berdasarkan senjata yang anda sedang gunakan. Sebagai contoh jika anda sedang memegang M416, mengeluarkan mesej ‘Need Ammo’ akan memberi mesej “I Need 5.56mm.”

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan satu kenderaan baharu iaitu BRDM-2. Ia merupakan kenderaan yang boleh digunkan atas darat dan juga air. Ia hanya diperoleh melalui Care Package khas dan menantikan kenderaan UAZ.

Manakala untuk senjata baharu pula adalah Deagle, ia akan menjadi pistol paling berkuasa yang terdapat di dalam permainan ini. Dua tembakan daripada pistol ini dapat memecahkan helmet tahap 3.

Sohor Kini