Nintendo hari ini mengumumkan yang watak seterusnya menyertai senarai watak di dalam Mario Tennis Aces adalah Dry Bowser iaitu Bowser versi rangka.
Selain kelainan rekaan, berdasarkan video permainan yang diperlihatkan Dry Bowser tidak mempunyai sebarang perbezaan dengan Bowser versi biasa termasuk juga Special Shot.
Anda boleh mencuba Dry Bowser dengan bermainan kejohanan dalam talian bermula 1 Julai sehingga 31 Julai dan ia akan hadir untuk semua pada 1 Ogos 2019.