Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Julai 2019 Diumumkan

Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Julai 2019 Diumumkan

Diterbitkan pada June 30, 2019 oleh .

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Julai ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One dan dua permainan Xbox 360.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Inside – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 Julai
  • Big Crown Showdown – Boleh ditebus dari 16 Julai hingga 15 Ogos
  • Castlevania: Symphony of The Night– Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Julai
  • Meet The Robinsons – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Julai

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Seperti Playstation Plus, langganan ini bukan sahaja akan menyertakan fungsi untuk bermain permainan secara atas-talian, malah Microsoft juga menyertakan permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan.

Sebelum ini, Microsoft juga umum Xbox Game Pass Ultimate yang mana ianya menyertakan langganan Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass secara bersama.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Julai ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Jun, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.


TIPS & ULASAN