Skip to main content

Bagi anda yang masih bermain permainan Days Gone oleh Bend Studio yang dilancarkan April lepas, anda mungkin akan berminat dengan kemaskini terkini buat permainan tersebut yang mana Bend Studio baru sahaja mengemaskininya dengan pelbagai kandungan baharu.

Antara kandungan yang terbesar buat permainan tersebut adalah mod “Surrounded” yang mana ianya adalah DLC cabaran pertama buat permainan tersebut dan pemain akan bertempur dengan musuh Freakers tanpa had. Melaluinya, pemain perlu bijak menggunakan perangkap, senjata dan keadaan sekeliling untuk bertahan selama mana dengan markah tertinggi.

Selain itu, melalui kemaskini ini juga, Bend Studio memperkenalkan cabaran baharu buat pemain setiap hari Jumaat dan setiap kali pemain melengkapkan cabaran tersebut, pemain berupaya untuk mendapatkan pelbagai ganjaran seperti watka baharu untuk dimainkan dan juga beberapa pengubah-suaian kosmetik kostum buat Deacon.

Terdapat pelbagai lagi kemaskini lain yang diumumkan oleh Bend Studio, termasuklah kemaskini pepijat dan juga trofi baharu yang pemain boleh peroleh. Bagi anda yang ingin mengetahuinya lebih lanjut, anda boleh melayari laman Reddit permainan Days Gone.

Days Gone merupakan permainan dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bend Studio, eksklusif di konsol Playstation 4. Ianya dilancarkan April lepas dan kami di Aksiz sudah membuat ulasan penuh buat permainan tersebut di mana anda boleh menonton atau membacanya di bawah.

Leave a Reply