Skip to main content

Melalui laman rasmi EA Access di konsol Playstation 4, syarikat tersebut mengumumkan bahawa servis langganan tersebut akan dilancarkan pada 25 Julai 2019 ini (waktu tempatan).

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, EA Access adalah langganan khas oleh EA yang mana ia menyertakan beberapa kelebihan seperti keupayaan untuk bermain dan mencuba permainan baharu lebih awal sehingga 10 jam, menerima diskaun buat promosi permainan, pernambahan sehingga 10% dan juga bermain sebilangan permainan-permainan oleh EA secara bersama seperti siri FIFA, Star Wars Battlefront, Battlefield dan sebagainya.

Servis ini sebelum ini telah pun ditawarkan melalui Xbox One dan PC di mana kini melalui Playstation 4, ianya akan berharga $4.99(~RM21) untuk sebulan manakala untuk setahun pula hanya $29.99(~RM125) melalui PSN Store.

Dari segi pelancaran dan harga rasmi buat rantau Malaysia, EA masih belum berkongsikannya secara rasmi. Namun kami pasti akan mengemaskininya jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Leave a Reply