Jika sebelum ini kita menerima permainan Mario yang dijadikan sebagai permainan pertempuran royale, kali ini giliran Flappy Bird iaitu permainan mudah alih yang popular suatu ketika dahulu pula dijadikan sebagai pertempuran royale.
Melalui Flappy Royale anda bersama dengan 99 pemain lain akan cuba untuk mengelak daripada terlanggar paip dan menjadi burung terakhir yang hidup.
Menariknya, seperti permainan pertempuran royale lain, burung-burung juga akan keluar daripada bas. Ia boleh dimainkan secara percuma melalui pelayan yang menyokongnya, dan anda juga boleh mengubah rupa watak burung anda.
[info]Layari: Flappy Royale[/info]