Skip to main content

Deadline minggu ini melaporkan yang USA Network telah menempah episod pertama untuk TV siri berdasarkan buku Master of Doom. Buku tersebut merupakan buku mengenai sejarah penubuhan id Software.

Penceritaan akan memfokuskan kepada dua watak iaitu John Carmack dan John Romero iaitu pengasas untuk studio tersebut. id Software menjadi studio pembangun permainan terkenal selepas mengeluarkan Wolfenstein pada tahun 1992 dan Doom pada tahun 1993. id Software kini merupakan sebahagian daripada ZeniMax/Bethesda.

Menurut laporan tersebut lagi, studio yang bertanggungjawab untuk menerbitkan siri tersebut adalah James and Dave Franco’s Ramona Films, The Gotham Group dan UCP.

Buat masa ini, USA Network hanya menempah satu episod dan tidak disahkan lagi jika ia akan menerima satu musim penuh. Ia juga masih di peringkat awal dan produksi masih tidak dimulakan.

Leave a Reply