Skip to main content

Dota Underlords yang dikeluarkan secara beta menerima penerimaan yang baik di PC. Bahkan permainan baharu daripada Valve tersebut telah mengatasi rekod jumlah pemain serentak untuk Artifact iaitu permainan kad mereka.

Kejayaan tersebut tampaknya turut dikongsi oleh versi mudah alih yang dikeluarkan bersama. Menurut anggaran Sensor Tower, versi mudah alih telah dimuat turun sebanyak 1.5 juta kali selepas seminggu dikeluarkan.

Daripada jumlah tersebut, pemain dari Russia paling ramai memuat turun iaitu 210 ribu ataupun 14%, diikuti Amerika Syarikat 165 ribu atau 11% dan Indonesia 135 ribu atau 9% daripada jumlah keseluruhan.

Untuk platform pula, Android mendahului dengan 66% manakala iOS adalah yang selebihnya.

Leave a Reply