Skip to main content

Bandai Namco Japan hari ini mengeluarkan satu siaran media yang mengumumkan permainan aksi RPG dalam talian baharu oleh mereka iaitu Blue Protocol.

Permainan ini adalah hasil kerjasama di antara Bandai Namco Online dan Bandai Namco dan digelar sebagai “Project Sky Blue”. Permainan tersebut buat masa ini dibangunkan untuk PC menggunakan enjin Unreal Engine 4.

Selain berkongsi satu tangkapan skrin, tidak banyak maklumat lain yang dikongsi termasuk juga tarikh ia akan dikeluarkan.

Leave a Reply