Skip to main content

Dengan pengumuman pelancaran edisi terhad Final Fantasy VII Remake sebelum ini, mesti ramai peminat berminat untuk mendapatkan edisi terhad permainan tersebut yang mana ianya menyertakan figura Play-Arts khas buat watak Cloud.

Terkini, Square-Enix berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan figura tersebut dengan lebih terperinci.

Melalui edisi 1st Class buat Final Fantasy VII Remake, Square-Enix akan menyertakan figura Play Arts Kai Cloud Strife bersama motosikalnya, iaitu Hardy Daytona. Selain set tersebut juga akan menyertakan pedang Buster Sword bersama 8 pilihan tangan yang berbeza.

Selain itu, edisi tersebut juga akan menyertakan permainan penuh bersama bekas besi, Materia Summon Carbuncle, Cactuar, Chocobo Chick bersama-sama dengan buku karya seni dan muzik latar.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, buat masa ini harga bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun dari segi pra-tempahan untuk edisi digital, ianya sudah boleh dilakukan di PSN Store bermula dengan harga RM229.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan 3 Mac 2020 ini khas di konsol Playstation 4.

Leave a Reply