Skip to main content

Kemaskini (2 Julai 2019): SIE mengumumkan yang permainan percuma untuk bulan Julai iaitu Pro Evolution Soccer 2019 digantikan dengan Detroit: Become Human Deluxe Edition.

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Julai 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 3 Julai 2019 sehingga 6 Ogos 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • Pro Evolution Soccer 2019
  • Aegis Defenders

Selain itu, ia juga menyertakan tema PS4 Ulang tahun ke-20 PIPOSARU And TORO. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan Jun anda boleh memuat-turunnya sehingga 2 Julai ini.

Leave a Reply