Industri e-sukan di Malaysia sememangnya semakin meluas sejak kebelakangan ini dan kesan daripada itu sememangnya membuahkan pelbagai bakat-bakat muda di kalangan pemain di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Terkini, untuk memupuk lagi kerjaya e-sukan di Malaysia, Genysis Cyber E-Sports, iaitu pengajur e-sukan tempatan mengumumkan kejohanan The Game Plan seterusnya oleh mereka iaitu Intercollege Cyber Challenge, yang mana pada masa yang sama mereka juga mendapat kerjasama bersama 8 universiti tempatan untuk menjayakan kejohanan tersebut.
Kejohanan Intercollege Cyber Challenge ini akan memfokuskan permainan Counter Strike: Global Offensive di mana ianya akan berlangsung bermula Ogos ini sehingga November kelak dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM30,000. Kejohanan tersebut juga mendapat sokongan daripada MDEC dengan pelbagai pengajur terdiri daripada BenQ Zowie, Thermaltake, NItro Concepts, Logitech dan MSI.

Menurut Justin Sau, pengarah pengurusan Genysis Cyber E-Sports kejohanan ini bukan sahaja untuk memberi didikan buat pelajar kolej, malah membuka peluang kepada mereka untuk menjadi pemain profesional bertaraf dunia.
Selain daripada menjadi pemain profesional, beliau juga menyatakan program ini juga akan melatih pelajar untuk terlibat dengan pengurusan kejohanan e-sukan seperti siaran, pengurusan bersama-sama dengan persediaan untuk ke pasaran e-sukan.

Juga ketika acara pelancaran kejohanan tersebut, Muhammad Farouq Abdul Patah dari Esports Malaysia (ESM) , menyatakan bahawa platform ini bukan untuk bertanding secara kompetitif, namun mempelajari pelbagai jenis kemahiran buat pelajar untuk bersiap sedia ke arah e-sukan sebagai seorang profesional.

Juga ketika pelancanran kejohanan tersebut, Genesys Cyber E-Sports juga mengumumkan persekutuan khas antara 8 universiti tempatan iaitu Malaysian Esports Total Alliance (META) di mana terdiri daripada universiti:
- Sunway University
- Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
- Kolej Universiti First City
- USCI University
- Academy Of Esports
- Taylors University
- MMU Melaka
- Inti University Nilai
Buat masa ini, informasi tambahan lain masih belum dikongsikan dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut yang dikongsikan kelak.