Hyper Light Drifter merupakan permainan aksi RPG 2D oleh Heart Machine yang sudah dikeluarkan untuk hampir kesemua platform akhirnya turut akan dijadikan sebagai permainan mudah alih, sekurang-kurangnya untuk peranti iOS.

Berdasarkan penyenaraian di App Store, permainan tersebut akan tiba pada 25 Julai 2019 dan ia boleh di pra-tempah dengan harga RM19.90. Menariknya, versi yang dibawah ke iOS adalah versi Special Edition yang dikeluarkan untuk Switch pada tahun lepas. Ia menyertakan pelbagai penambahan kandungan.

Menurut penyenaraian tersebut juga ia mengatakan akan menyokong kadar bingkai sesaat 120 di iPad Pro dan 60 di iPhone dan juga iPad model lain. Ia juga akan menyokong alat kawalan MFi yang boleh digunakan di peranti tersebut.

Buat masa ini tiada pengesahan jika ia akan turut dikeluarkan untuk peranti Android.

App Store: Hyper Light Drifter

Sohor Kini