Skip to main content

God Eater 3 untuk Switch hanya akan tiba pada bulan depan, namun, bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, Bandai Namco kini menyediakan demo yang boleh dimuat turun secara percuma.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, permainan tersebut juga sudah dibuka untuk pra-tempah, dan ia menyertakan kostum serta rambut khas berdasarkan watak Yuri dan Estelle daripada permainan Tales Of Vesperia.

God Eater 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC pada 8 Februari 2019, manakala versi Switch akan dikeluarkan pada 12 Julai 2019.

[info]Bacaan Lanjut: Ulasan God Eater 3 – Monster Hunter Ringkas Tetapi Dengan Penceritaan Yang Baik[/info] [download]eShop: Demo God Eater 3[/download]

Leave a Reply