Skip to main content

Kemaskini : Menurut Takahisa Taura, beliau mempunyai rancangan untuk menghasilkan permainan tersebut dalam bentuk trilogi, dan bukannya permainan tersebut dirancangkan untuk dilancarkan sebagai satu permainan trilogi.

Kami memohon maaf atas kesilapan penulisan yang dibuat.

Astral Chain merupakan permainan seterusnya oleh Platinum Games yang mana ianya bakal dilancarkan pada Ogos ini khas di konsol Switch. Permainan tersebut merupakan satu permainan aksi oleh Takahisa Taura iaitu pereka untuk permainan NieR: Automata yang dilancarkan sebelum ini.

Menariknya, ketika sesi temu bual bersama IGN Benelux, Takahisa Taura menyatakan bahawa permainan tersebut dibangunkan sebagai permainan bertrilogi, sekaligus ianya mempunyai 3 bahagian di dalam perancangannya.

Tambah beliau lagi, buat masa ini permainan tersebut tidak mempunyai sebarang rancangan untuk sebarang DLC pernambahan dan permainan Astral Chain yang bakal tiba Ogos ini dikatakan merupakan bahagian pertama daripada trilogi permainan tersebut.

Namun, beliau juga menyatakan bahawa sekuel kepada permainan tersebut bergantung kepada kejayaan permainan pertamanya di mana jika mereka menjual permainan tersebut dengan baik, mereka mungkin akan menyambung penceritaannya dan lancarkan sekuel Astral Chain.

Sememangnya ini adalah satu kenyataan yang agak menarik, memandangkan permainan tersebut masih belum dilancarkan, sudah pasti ini akan membuat peminat lebih menanti-nantikan permainan ini.

Astral Chain dirancang untuk dilancarkan pada 30 Ogos 2019 ini khas di konsol Switch.

Leave a Reply