Skip to main content

Mojang dan Disney hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kandungan khas daripada filem Toy Story ke permainan Minecraft bermula hari ini.

Penyertaan kandungan ini adalah bersempena dengan tayangan filem Toy Story 4 yang berlangsung minggu ini di mana melaluinya pemain berupaya untuk melawat pelbagai lokasi-lokasi dan menggunakan watak-watak daripada siri filem tersbuet.

Melaluinya, pemian berupaya untuk menggunakan watak Woody, Buzz Lightyerr dan termasuklah watak-watak baharu seperti Duke Caboom untuk mengembara di dalam dunia Minecraft. Menariknya, lokasi-lokasi dari filem tersebut juga bakal tiba seperti bilik tidur Andy dan kedai permainan Al.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kandungan tersebut, ianya boleh di akses melalui Minecraft Marketplace.

Leave a Reply