Sebelum ini, Square-Enix memperlihatkan DLC pernambahan Los Demonios buat permainan Just Cause 4 yang mana ianya akan dilancarkan secara rasmi bermula minggu hadapan. Namun, menariknya bagi pemilik pas musim dan edisi Gold permainan tersebut, anda berupaya untuk bermain DLC tersebut bermula hari ini.
Terkini, juga bersempena dengan pengumuman ini, Square-Enix memperlihatkan sebilangan cabaran dan kandungan baharu yang dilancarkan secara bersama buat semua pemain.
Antara yang diumumkan adalah kandungan cabaran baharu yang mana pemain berupaya untuk pelbagai ganjaran kosmetik seperti kostum pakaian Wingsuit baharu dan sebagainya. Menariknya, Square-Enix juga memperlihatkan kostum khas watak Rico daripada permainan Just Cause 2 sebelum ini boleh digunakan oleh pemain secara percuma.
Selain itu, Square-Enix juga memperkenalkan pek kenderaan mini iaitu Toy Vehicles Pack yang mana boleh didapatkan melalui kedai di dalam permainan Black Market. Kenderaan mini yang tersedia adalah kereta kebal, bot dan juga jet pejuang yang mana pasti akan menghiburkan hati pemain kentika menggunakannya.
Just Cause 4 telah pun dilancarkan Disember tahun lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.