Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman permainan simulasi masakan tekaria Automachef oleh Team17 sebelum ini, kini mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancarannya di mana ianya dijadualkan untuk dilancarkan pada 23 Julai 2019 ini di konsol Switch dan PC.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Automachef akan meletakkan pemain menghasilkan dan menyusun kelengkapan dan mesin masakan automatik untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan. Sebagai satu permainan tekaria, pemain bukan sahaja perlu menyusun dan merancang dapur tersebut malah pemain juga perlu memastikan tenaga yang digunakan bersama-sama tahap kebersihan terjaga.

Menariknya, bagi anda yang ingin mencuba dahulu permainan ini, Team17 juga melancarkan demo khas secara percuma buat pemain PC melalui Steam di mana anda boleh muat-turunnya hari ini.

Bagi anda yang meminati permainan masakan dalam bentuk simulasi tekaria, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan Automachef menjelang Julai ini.

Leave a Reply