Informasi Permainan Video Terkini
Tayangan Semula Avengers Endgame Bermula 29 Jun Ini Di Malaysia

Tayangan Semula Avengers Endgame Bermula 29 Jun Ini Di Malaysia

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

Kemaskini : Tiket tayangan semula di GSC dan MBO sudah boleh dibeli sekarang. Cara untuk membelinya boleh dibuat melalui laman rasmi MBO dan GSC. Namun, ianya terhad dari segi tayangan dan lokasi panggung wayang.

Ketika membuat pilihan tiket, pastikan anda memilih filem Avengers: Endgame Bring-Back Event untuk sesi tayangan.

Artikel asal: GSC dan TGV hari ini mengumumkan yang tayangan semula Avengers Endgame akan bermula di Malaysia pada 29 Jun ini. Tayangan semula ini akan menyertakan intro khas daripada Anthony Russo iaitu pengarah filem ini, adegan baharu dan juga video khas untuk Spider Man Far From Home.

Buat masa ini tiket, serta pawagam yang akan menawarkannya masih tidak dikongsi. Mereka mengatakan maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.

Tayangan semula ini mungkin adalah salah satu usaha Disney ingin menjadikan Avengers Endgame sebagai filem dengan kutipan tertinggi dan mengalahkan Avatar yang juga kini adalah filem mereka. Endgame setakat ini memerlukan lebih RM150 juta untuk mengejar Avatar.

Adakah mereka akan berjaya? Adakah anda akan menonton tayangan semula ini?


TIPS & ULASAN