505 Games mengumumkan permainan sandbox Terraria akan dikeluarkan untuk Switch pada 28 Jun 2019 melalui eShop. Manakala versi fizikal akan dikeluarkan pada satu tarikh yang lain.

Terraria sudah dikeluarkan untuk Wii U dan 3DS, Switch akan menjadi konsol Nintendo seterusnya menerima permainan yang dibangunkan oleh Re-Logic ini.

Permainan ini sudah dikeluarkan pada tahun 2011 untuk hampir kesemua platform, termasuk juga untuk peranti pintar. Buat masa ini, ia masih tidak disenaraikan di eShop, harga juga masih tidak diumumkan.

Sohor Kini