Square-Enix hari ini mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT iaitu Tifa Lockhart daripada siri Final Fantasy VII dan beliau akan tiba di permainan tersebut pada 3 Julai ini.

Tifa Lockhard merupakan watak daripada permainan Final Fantasy VII di mana beliau memfokuskan bentuk pertempuran secara menumbuk dan menendang. Beliau juga merupakan salah satu watak utama di dalam siri Final Fantasy tersebut dan merupakan rakan Cloud.

Menariknya, seranganan ikonik Tifa seperti Dolphin Blow juga bakal tiba sebagai salah satu kemahiran yang boleh dilakukan oleh beliau. Selain itu, Square-Enix juga mengumumkan kostum Tifa berdasarkan filem Final Fantasy VII Advent Children juga akan disertakan.

Dissidia: Final Fantasy NT telah pun dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas. Menariknya, Mac lepas, permainan ini juga dilancarkan di PC bersama-sama dengan edisi percuma yang mempunyai putaran watak berbeza setiap minggu.

Sohor Kini