Animonsta Studios pada bulan Mac lepas telah berkongsi satu video acah yang memperlihatkan pertama kali penjahat di dalam filem seterusnya untuk BoBoiBoy iaitu BoBoiBoy Movie 2, Retak’ka.

Hari ini, mereka berkongsi satu lagi video acah yang menerangkan lanjut mengenai usaha jahat Retak’ka. Beliau ingin menguatkan lagi kuasa elemental dengan menyerang pelbagai planet berbeza.

Ia menjadi tanggungjawab BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk bukan sahaja menghalang niat jahat Retak’ka akan tetapi juga untuk menyelamatkan penduduk yang terdapat di planet-planet yang diserang.

BoBoiBoy Movie 2 akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2019.

Sohor Kini