Di dalam Hearthstone, terdapat 9 kelas berbeza iaitu Druid, Hunter, Mage, Paladin, Priest, Rogue, Shaman, Warlock, dan Warrior. Melalui penulisan terbaru di blog rasmi permainan tersebut, Blizzard mengatakan yang mereka ingin mengembalikan identiti untuk kelas-kelas tersebut.

Menurut Blizzard, kelas-kelas tersebut mempunyai kekuatan serta kelemahan tersendiri, namun buat masa ini mereka merasakan kekuatan serta kelemahan tersebut tidak sangat diperlihatkan, menjadikan identiti setiap kelas tidak kukuh.

Oleh disebabkan itu, Blizzard mengumumkan yang mereka akan melakukan kemaskini yang boleh mengukuhkan identiti setiap kelas tersebut. Dengan identiti yang kukuh, Blizzard mengatakan mereka dapat menyertakan kad-kad yang lebih baik tanpa terlalu risau ia akan menjadi terlalu kuat.

Bagi kemaskini yang akan tiba tidak lama lagi, Blizzard mengumumkan yang mereka akan memasukan dua kad klasik ke Hall of Fame (tidak lagi boleh digunakan) iaitu Vanish (Rogue) dan Mind Blast (Priest).

Ia adalah kerana, dua kad tersebut bertentangan dengan identiti kelas tersebut, iaitu Rogue merupakan kelas yang sepatutnya mempunyai kelemahan untuk mengosongkan board, manakala Priest pula mempunyai kelemahan untuk menyerang lawan.

Bagi mengantikan dua kad tersebut, Blizzard akan menambah dua kad iaitu Plagubringer yang mempunyai kata kunci Battlecry memberi Poison dan Radiance iaitu kad kos 1 mana yang menyembuhkan 5 nyawa kepada pemain.

Selain dua kad tersebut, mereka juga akan menyertakan 8 kad baharu termasuk juga 2 Legendary iaitu Brightwing yang mempunyai Battlecry memberi satu kad Legendary rawak kepada pemain dan High Inquisitor Whitemane yang mempunyai Battlecry menghidupkan kembali kesemua kad yang mati di pusingan ia dimainkan.

Untuk mendapatkan senarai penuh kad-kad yang ditambah anda boleh membacanya di blog Hearhstone.

Sohor Kini