Bagi anda yang mengikuti siri anime Little Witch Academia, anda pasti berminat untuk terbang seperti watak-watak di dalam anime tersebut dengan menggunakan penyapu seperti seorang ahli sihir.

Kini, cita-cita tersebut mungkin bakal menjadi kenyataan di mana Univrs iaitu pembangun permainan realiti-maya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan realiti-maya perlumbaan Little Witch Academia: VR Broom Racing.

https://www.youtube.com/watch?v=5LpxSU2-Auo

Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk terbang secara bebas dengan menggunakan penyapu seperti ahli sihir di dalam anime tersebut. Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai watak-watak daripada siri anime tersebut disamping keupayaan untuk berlumba bersama mereka.

Menurut Univrs, permainan tersebut akan dilancarkan melalui kempen biayasama Kickstarter yang mana mereka bakal umumkannya bermula 3 Julai 2019 ini. Univrs juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut pada awal 2020, namun dari segi platform mereka masih belum mengumumkannya lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke pautan di bawah untuk informasi lanjut.

Laman Rasmi: Little Witch Academia: VR Broom Racing

Sohor Kini