Warner Bros. Interactive Entertainment dan IO Interactive hari ini memperlihatkan pernambahan seterusnya buat permainan Hitman 2 iaitu ‘New York’ di mana ianya dijadualkan untuk dilancarkan esok, 26 Jun 2019.

Menurut mereka, pernambahan tersebut bakal tiba buat semua pelanggan yang memiliki Expansion Pass dan Expansion Pack 1 di mana ianya akan menyertakan lokasi bandaraya New York dengan misi ‘Golden Hanshake’ baharu.

Melaluinya, permainan tersebut akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti misi dan cabaran baharu bersama-sama dengan bentuk kemajuan ‘Mastery Progression System’ di mana ianya akan memberi peluang buat pemain untuk menyah-kunci pelbagai kelengkapan dan senjata baharu.

Hitman 2 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada November tahun lepas. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pernambahan ini, anda boleh membeli Hitman 2 Expansion Pass dengan harga sekitar RM170.

Sohor Kini