Skip to main content

Catan baru sahaja dikeluarkan untuk Switch baru-baru ini, manakala Catan VR iaitu permainan berpapan The Settlers of Catan untuk versi realiti maya diumumkan akan dikeluarkan untuk PSVR esok.

Catan VR sebelum ini dikeluarkan untuk Gear VR, Rift dan Oculus Go melalui Oculus Store sebelum turut dikeluarkan di Steam bagi menyokong Vive dan Windows VR. Ia dibangunkan oleh Experiement 7.

Seperti keluaran di platform lain, Catan VR untuk PSVR juga akan menyokong sesi multi-pemain secara rentas platform. Buat masa ini ia masih tidak disenaraikan di PlayStation Store.

Leave a Reply