Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite – Acara Musim Panas ’14 Days Of Summer’ Bakal Berlangsung Minggu Ini

Fortnite – Acara Musim Panas ’14 Days Of Summer’ Bakal Berlangsung Minggu Ini

Diterbitkan pada June 25, 2019 oleh .

Bermula lewat hari ini, Epic Games mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara khas musim panas buat permainan Fortnite melalui acara ’14 Days Of Summer’ dengan pelbagai ganjaran khas buat pemain.

Melalui mod pertempuran royale, Epic Games akan menyediakan pelbagai senjata baharu yang dikunci sebelum ini dengan penukaran senjata berlainan setiap hari.

Selain itu, mod permainan terhad LTM juga bakal ditukarkan setiap hari dengan pelbagai mod LTM yang dilancarkan sebelum ini seperti Heavy Metal Squads, Storm Chasers: Surfin, Splashdowns Squads dan sebagainya.

Menariknya, acara ini juga akan menyertakan pelbagai kostum-kostum menarik bertema musim panas yang pemain boleh dapatkan melalui melengkapkan cabaran atau membelinya melalui kedai di dalam permainan tersebut.

Dicampur dengan kandungan musim ke-9 yang dilancarkan sebelum ini, semestinya sekarang adalah masa yang baik untuk bermain permainan Fortnite dengan pelbagai ganjaran-ganjaran yang menarik untuk anda dapatkan.


TIPS & ULASAN