Kepulauan Hainan merupakan negeri kepulauan di negara China, ia sangat terkenal sebagai tempat pelancongan. Pada 20 Jun lepas, ketika persidangan Tencent Global Esports, Sun Ying iaitu pengarah pelancongan untuk Hainam mengumumkan perancangan merekan untuk menjadikan Hainan sebagai “pelabuhan e-sukan global”.
Antara yang diumumkan oleh beliau adalah kerajaan tempatan Hainan merancang untuk menyediakan 1 bilion RMB (RM600 juta) untuk membina ekosistem e-sukan di pulau tersebut termasuk juga membangunkan syarikat e-sukan dan dana untuk penganjuran kejohanan e-sukan di pulau tersebut sehingga 10 juta RMB (RM6 juta).
Mereka juga ingin memudahkan serta mempercepatkan proses untuk meminta kebenaran bagi penganjuran tersebut.
Hainan juga akan memperkenalkan projek “Hainan Esports Thousands Talent” yang dikhususkan kepada pemain-pemain profesional e-sukan. Melaluinya, kerajaan yang menyediakan pelbagai kelebihan seperti pembelian hartanah dan juga program pendidikan.
China bakal menjadikan Hainan sebagai kawasan bebas cukai dan ia akan memberikan tarif sifar, dan kadar cukai yang rendah. Kelebihan tersebut akan turut dibuka untuk industri e-sukan.
Bagi memudahkan pemain antarabangsa untuk menyertai kejohanan di pulau tersebut, kerajaan Hainan juga merancang untuk memperkenalkan program kemasukan tanpa visa bagi pemain dari 59 negara seperti Amerika Syarikat, UK, Perancis, Itali, Jepun dan Korea.
Perancangan ini dengan kata lain adalah kerajaan Hainan ingin menjadikan pulau tersebut sebagai hub e-sukan di rantau ini. Ia merupakan perancangan yang sama diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di Malaysia, dengan pelaburan yang lebih tinggi mungkin Hainan akan lebih cepat untuk mencapai matlamat tersebut.