Detention merupakan permainan seram ketahanan hidup yang dikeluarkan pada tahun 2017 untuk PlayStation 4, Switch dan PC. Ia dibangunkan oleh Red Candle Games iaitu pembangun dari Taiwan.

Minggu ini, syarikat produksi 1 Production Film Co. mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan filem berdasarkan permainan tersebut. Ia akan diarahkan oleh John Hsu dan dibintangi Gingle Wang.

Filem tersebut akan mula ditayangkan di Taiwan pada September ini, buat masa ini tiada pengesahan jika ia akan turut ditayangkan di Malaysia.

Sohor Kini