Informasi Permainan Video Terkini
Aplikasi Realiti-Maya Spider-Man: Far From Home Bakal Tiba Di Playstation VR Minggu Ini

Aplikasi Realiti-Maya Spider-Man: Far From Home Bakal Tiba Di Playstation VR Minggu Ini

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Sebelum ini, Sony Interactive Entertainment melancarkan satu aplikasi realiti-maya khas berdasarkan filem Spider-Man: Homecoming melalui Playstation VR yang mana ianya boleh dimainkan secara percuma.

Terkini, dengan pelancaran filem kedua buat siri Spider-Man bagi dunia MCU, iaitu Spider-Man: Far From Home yang bakal ditayangkan Julai ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan satu lagi aplikasi realiti-maya bakal tiba secara bersama.

Spider-Man: Far From Home Virtual Reality Experience merupakan aplikasi permainan khas yang pemain boleh bermain melalui Playstation VR. Sekaligus, ianya bukanlah satu permainan penuh dan hanya menyertakan bentuk pengalaman realiti-maya yang ringkas sahaja.

Sebelum ini, melalui versi Homecoming, pemain hanya berupaya untuk menggunakan senjata Web Spider-Man sahaja. Namun, melalui aplikasi kedua ini, pemain tampaknya berupaya untuk bergayut di bangunan-bangunan, berdasarkan video yang dimuat-naik oleh Upload VR.

Buat masa ini, tarikh rasmi pelancarannya masih belum diumumkan. Namun, kami percaya ianya bakal tiba secara bersama dengan filem Spider-Man: Far From Home yang bakal ditayangkan bermula 2 Julai 2019 ini.


TIPS & ULASAN