Lanjutan daripada pengumuman Nintendo berkenaan permua Dr. Mario World yang bakal tiba di peranti iOS dan Android sebelum ini, terkini Nintendo akhirnya mengumumkan secara rasmi tarikh pelancarannya iaitu 10 Julai 2019 ini.
Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, permua tersebut akan dibangunkan berdasarkan permainan Dr. Mario yang dilancarkan di NES dimana ianya memfokuskan bentuk tekaria penyusunan pil-pil berdasarkan warna. Dengan menggunakan konsep yang serupa, melalui versi permua ini pemain akan menyusun pil-pil tersebut berdasarkan warna untuk menghapuskan virus-virus yang terdapat di dalam peringkat permainan tersebut.
Menariknya, permua ini juga akan mempunyai bentuk multi-pemain yang pemain boleh bertempur dengan pemain lain dan mengembara di dalam pelbagai peringkat dunia permainan yang tersedia.
Dr. Mario World akan dilancarkan secara percuma di iOS dan Android menjelang Julai ini. Akan tetapi, buat masa ini buat pasaran Malaysia, permua ini masih lagi belum tersenarai. Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika Nintendo melancarkannya di pasaran tempatan.