Skip to main content

Sebelum ini, Hi-Rez Studio melancarkan permainan Realm Royale di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Terkini, mereka akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut kini akhirnya tiba di konsol Switch di mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui Nintendo eShop.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Realm Royale merupakan permainan pertempuran royale yang dibangunkan oleh Hi-Rez Studios, iaitu pembangun yang sama untuk permainan multi-pemain Paladins. Permainan ini juga sebelum ini dikenali sebagai Paladins: Battleground, yang mana ia mempunyai asset permainan yang sama.

Bagi anda yang berminat untuk memua-turunnya anda boleh ke pautan Nintendo eShop dibawah.

[download] Nintendo eShop: Realm Royale [/download]

Leave a Reply