Informasi Permainan Video Terkini
Lucah: Born Of A Dream Diumumkan Bakal Hadir Di Switch Menjelang Julai Ini

Lucah: Born Of A Dream Diumumkan Bakal Hadir Di Switch Menjelang Julai Ini

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Lucah: Born Of A Dream sebelum ini dilancarkan di PC melalui Steam dan permainan tersebut menerima pelbagai pujian oleh pemain dan terkini, pembangunnya iaitu Melessthanthree mengumumkan bahawa mereka akan melancarkannya di konsol Switch pada 3 Julai 2019 ini.

Lucah: Born Of A Dream merupakan satu permainan aksi yang memfokuskan bentuk visual seakan lakaran di campur dengan pelbagai elemen permainan pertahanan hidup, pengembaraan dan sebagainya. Menariknya, permainan ini juga akan menerokai pelbagai bentuk naratif yang mendalam seperti keganasan, mimpi ngeri dan juga elemen perjuangan.

Bagi anda yang berminat dengan permainan Lucah: Born Of A Dream, pastikan anda mendapatkannya di Switch menjelang Julai ini melalui Nintendo eShop dengan harga $14.99(~RM63). Namun, bagi anda yang tidak sabar untuk bermainnya, ianya sudah boleh dibeli di PC melalui Steam dengan harga RM39 sahaja.


TIPS & ULASAN