Game Grumps sebelum ini melancarkan permainan Dream Daddy: A Dad Dating Simulator di konsol Playstation 4 sebagai edisi Dadrector’s Cut yang mana ianya menyertakan sebilangan kandungan tambahan berbanding versi asalnya di PC.

Terkini, mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Switch bersama-sama dengan versi permua di iOS dan Android.

Dream Daddy: A Dad Dading Simulator Dadrector’s Cut adalah sebuah permainan simulasi temujanji dimana anda berpeluang untuk bertemu dan berasmara bersama watak-watak ayah yang lain.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, versi Dadrector’s Cut ini akan menyertakan sebilangan kandungan baru yang dipotong, termasuklah misi sampingan baru dan juga pelbagai mini-permainan baru yang pemain boleh mainkan.

Menurut Game Grumps, permainan tersebut akan dilancarkan di Switch pada 2 Julai 2019 dengan harga $14.99(~RM63) melalui Nintendo eShop. Manakala bagi versi permua pula bakal tiba pada 25 Jun 2019 buat peranti iOS dan Android. Namun dari segi harga buat edisi permua, Game Grumps tidak berkongsikannya.

Sohor Kini