Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini berkongsi satu video khas bersempena dengan ulang tahun ke-20 buat siri Ape Escape. Melaluinya, mereka memperlihatkan sebilangan permainan-permainan buat siri tersebut bersama bentuk permainannya.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan tersebut, ianya adalah siri permainan oleh Sony yang dilancarkan di Playstation 1 pada 1999. Siri tersebut kemudiannya dilancarkan dengan pelbagai siri permainan, termasuklah beberapa permainan sampingan dan kali terakhir permainan Ape Escape dilancarkan adalah pada 2010 lepas di Playstation 3.

Bersempena dengan ulang tahun ini juga, Sony Interactive Entertainment melancarkan satu tema khas buat konsol Playstation 4 buat pelanggan Playstation Plus. Bagi anda yang berminat anda boleh memuat-turunnya melalui pautan ini.

Walaubagaimana pun, Sony Interactive Entertainment mahupun Japan Studio tidak mengumumkan sebarang permainan baharu buat siri Ape Escape tersebut. Namun kami percaya, dengan sambutan ulang tahun ke-20 ini, mereka mungkin akan membawa kembali siri tersebut ke konsol Playstation terkini tidak lama lagi.

Leave a Reply