Informasi Permainan Video Terkini
Penceritaan Utama Borderlands 3 Mengambil 35 Jam Untuk Dihabiskan – Tanpa Misi Sampingan
PC

Penceritaan Utama Borderlands 3 Mengambil 35 Jam Untuk Dihabiskan – Tanpa Misi Sampingan

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Setiap siri Borderlands sering menyertakan kandungan utama yang terus bertambah. Penceritaan utama untuk Borderlands mengambil lebih kurang 20 jam untuk dihabiskan, manakala Borderlands 2 meningkat ke 30 jam dan kini Gearbox Software mengatakan Borderlands 3 mengambil masa 35 jam untuk dihabiskan.

Tambah mereka lagi, masa tersebut adalah jika pemain tidak melakukan misi sampingan. Seperti kita sedia maklum Borderlands 3 adalah permainan looter shooter yang tidak akan berakhir setakat penceritaan utama sahaja. Jadi ia mungkin mencapai 60-70 jam untuk menyelesaikan kesemua kandungan.

Borderlands 3 akan dikeluarkan pada 13 September 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC (melalui Epic Games Store).


TIPS & ULASAN