Pemain-pemain League of Legends dari Iran dan Syria minggu ini berkongsi di forum rasmi permainan tersebut mengatakan yang mereka disekat daripada bermain.

Sebaliknya mereka menerima mesej berikut,

“Due to US laws and regulations, players in your country cannot access League of Legends at this time. Such restrictions are subject to change by the US government, so if and when that happens, we will look forward to having you back on the rift.”

Dengan kata lain pemain daripada dua negara tersebut disekat daripada memasuki akaun mereka disebabkan undang-undang Amerika Syarikat. Sekatan ini berkemungkinan disebabkan tegangan hubungan di antara Amerika Syarikat dengan Iran. Manakala Syria merupakan sekutu kuat kepada Iran.

Buat masa ini pemain menggunakan VPN untuk mengakses permainan tersebut akan tetapi ia akan mengakibatkan sesi permainan yang kurang lancar. Riot Games buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai sekatan ini.

Sohor Kini