Informasi Permainan Video Terkini
Clannad Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol Switch Julai Ini

Clannad Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol Switch Julai Ini

Diterbitkan pada June 21, 2019 oleh .

Prototype hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan novel visual Clannad di Nintendo Switch menjelang 4 Julai 2019 ini. Menurut Prototype, ianya bakal tiba melalui Nintendo eShop dengan harga $44.99(~RM187).

Clannad merupakan permainan novel visual yang memfokuskan pemain untuk bermain sebagai seorang remaja lelaki dan sepanjang pengembaraan beliau, pemain akan bertemu pelbagai jenis gadis untuk dikenali. Permainan ini juga mempunyai pelbagai pengakhiran dan melalui versi Switch, ianya menyokong bentuk permainan melalui skrin sesentuh dan juga melalui alat kawalan JoyCon.

Seperti versi Playstation 4 yang dilancarkan sebelum ini, Clannad di konsol Switch akan menyokong sari kata bahasa Inggeris dan Jepun dengan suara latar bahasa Jepun.

Bagi anda yang berminat, permainan ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform sebelum ini termasuklah di PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN