Skip to main content

Melalui laporan Kotaku, seorang pengguna reddit bernama Tophergopher1, telah menggunakan ERSGAN (Enhanced Super-Resolution Generative Adversarial Networks) iaitu satu aplikasi kecerdasan buatan untuk meningkatkan visual grafik permainan buat permainan Metal Gear Solid: Twin Snakes, iaitu permainan olahan semula Metal Gear Solid pertama di Nintendo Gamecube.

Melaluinya, aplikasi tersebut menggunakan pembelajaran mesin untuk mengubah tekstur-tekstur permainan tersebut kepada resolusi yang elbih tinggi sehingga ianya kini menyokong resolusi sehingga 4k dan segala tekstur tersebut dihasilkan secara menyeluruh menggunakan aplikasi kecerdasan buatan tersebut.

Sememangnya permainan tersebut dimainkan melalui pelagak permainan Dolphin yang mana ianya berupaya untuk bermain permainan Nintendo Gamecube. Namun, hasil kualiti visual yang dinaik-tarafkan melalui ERSGAN tersebut sememangnya kelihatan sangat menawan dan tajam sekali.

Namun, buat masa ini menurut Tophergopher1, pernaik-tarafan ini masih lagi dalam tahap cubaan dan bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaannya, anda boleh ke laman Reddit rasmi buat perbincangan permainan ini.

Leave a Reply