Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan 3 lagi permainan yang bakal menyertai senarai permainan Playstation Hits. Siri Playstation Hits merupakan senarai permainan yang terkenal yang telah dilancarkan di konsol Playstation 4 sebelum ini dan melalui senarai tersebut, ianya akan menerima potongan harga.

Melaluinya, permainan yang tersenarai akan menerima potongan harga serendah RM79 untuk edisi fizikal dan SIE juga mengubah rekaan karya kotak permainan tersebut dengan logo Playstation Hits berwarna merah.

3 permainan yang diumumkan adalah Horizon Zero Dawn Complete Edition, God Of War III Remastered dan Nioh.

Horizon Zero Dawn Complete Edition merupakan edisi lengkap permaian Horizon Zero Dawn yang menyertakan DLC The Frozen Wilds. Sekaligus dengan harga serendah RM79, semestinya ini adalah satu tawaran yang sangat berbaloi sekali.

Manakala permainan God Of War III Remastered dan Ni-Oh merupakan permainan aksi yang telah pun dilancarkan di Playstation 4 sebelum ini. God Of War III Remastered merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan asal God Of War III yang dilancarkan di Playstation 3 lepas dan Ni-Oh pula adalah permainan oleh Team Ninja yang memfokuskan bentuk seakan permainan Dark Souls.

Ini merupakan satu siri yang sangat berbaloi terutamanya buat mereka yang masih belum bermain permainan-permainan yang tersenarai dan ingin membelinya dengan harga yang murah. Menurut SIE juga, permainan Horizon Zero Dawn Complete Edition dan God Of War III Remastered akan ditawarkan dengan harga ini buat edisi fizikal dan digital. Namun, harga baharu ini buat Nioh hanya ditawarkan melalui edisi fizikal sahaja.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan tersenarai diatas dengan harga serendah RM79 dimana-mana pengedar rasmi Playstation bermula 27 Jun 2019 kelak.

Leave a Reply