Dengan berkembangnya arena e-sukan baru-baru ini, industri tersebut sememangnya menjadi pilihan ramai sebagai kerjaya, sama ada pemain profesional, pengurus pasukan dan sebagainya.

Terkini, Raiser Games dan U-Play Online mengumumkan bahawa mereka melancarkan permainan simulasi pemain e-sukan di mana pemain diberi peluang untuk mengurus pasukan pemain e-sukan melalui permainan Esports Life Tycoon.

Menurut Raiser Games, permainan tersebut akan dilancarkan secara akses awal melalui Steam dengan harga RM32 sahaja. Menariknya, bermula hari ini sehingga 10 Julai 2019, Raiser Games mengadakan promosi khas di mana ianya boleh dibeli dengan hanya RM25.60.

Raiser Games dan U-Play Online merupakan pembangun dan pengeluar buat permainan simulasi Youtubers Life yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini.

Terkini melalui permainan simulasi Esports Life Tycoon, pemain diberi peluang untuk mengurus pasukan pemain e-sukan di mana pemain berpeluang untuk menghasilkan pasukan pemain sendiri, melatih pemain dan menyertai pelbagai kejohanan untuk membawa pasukan pemain sebagai pasukan yang berjaya di industri tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda boleh ke laman rasmi Steam di bawah.

Steam: Esports Life Tycoon

Sohor Kini