Catan asalnya merupakan permainan berpapan The Settlers of Catan atau lebih dikenali sebagai Catan dan Settlers. Hari ini, versi digital untuk permain tersebut tiba untuk Switch.

Ia merupakan permainan yang melibatkan pengurusan bahan mentah, ia juga akan memerlukan strategi untuk memenanginya. Bagi versi Switch, ia akan menyertakan mod kempen yang akan memberi pelbagai senario untuk diselesaikan.

Bersama dengan pelancaran, Asmodee Digital berkongsi satu video acah pelancaran. Bagi anda yang berminat, ia boleh dibeli dengan harga $19.99 (RM82) di eShop.

Eshop: Catan

Sohor Kini